Pengecualian sewa bulan April: MAIS

Dr Ahmad Shahir Makhtar
Dr Ahmad Shahir Makhtar
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi pengecualian pembayaran sewa bagi bulan April 2020 kepada penyewa-penyewa premis atau tanah milik agensi ini.

Difahamkan, pengecualian itu diberikan kepada penyewa premis MAIS terdiri daripada peniaga runcit atau industri kecil dan sederhana (IKS) yang terkesan dengan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Setiausaha MAIS, Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata, sebanyak 134 individu atau syarikat telah dikenal pasti terlibat dengan pengecualian sewaan bulan April ini.

"Inisiatif ini diambil seiring dengan langkah kerajaan Selangor bagi membantu penyewa-penyewa yang terjejas dalam tempoh PKP ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Shahir berkata, jumlah keseluruhan sewaan ini melibatkan nilai sehingga mencecah RM518,248.50.

Tambahnya, MAIS berharap pengecualian sewaan ini dapat meringankan bebanan mereka yang terjejas terutamanya peniaga-peniaga kecil dan sederhana.

Artikel Berkaitan: