X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 23 Mei 2022

10 ahli gengster ditahan terlibat kes tetak

 Ayob Khan Mydin Pitchay
Ayob Khan Mydin Pitchay
A
A

JOHOR BAHRU - Polis menahan seramai 10 ahli kongsi gelap melalui beberapa serbuan dari 13 Mei hingga semalam bagi membantu siasatan kes tetak seorang remaja hingga parah di pekan Kelapa Sawit, Kulai, baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, semua suspek lelaki berkenaan yang berusia antara 15 hingga 28 tahun ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulai sekitar daerah ini.

"Mereka disyaki menyerang seorang remaja berusia 17 tahun di pekan tersebut pada jam 11.50 malam sehingga mengakibatkan parah.

"Mangsa mengalami kecederaan serius tetapi stabil dan masih lagi dirawat di hospital. Siasatan awal mendapati serangan tersebut bermotif dendam," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Katanya, semua suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, polis Johor menerima antara 1,000 hingga 1,500 permohonan untuk merentas negeri sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dikuatkuasakan.

Bagaimanapun katanya, polis menolak kira-kira 70 peratus permohonan tersebut selepas disiasat tujuan sebenar mereka ialah balik beraya di kampung.

"Kita hanya membenarkan kes kecemasan. Jadi kita minta masyarakat jangan ambil kesempatan sebaliknya terus mengikut arahan kerajaan. Mereka akan diminta berpatah balik jika tiada surat surat kebenaran merentas negeri," katanya.

Beliau berkata, pihaknya masih melakukan 33 sekatan jalan raya termasuk di jalan-jalan kampung bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!