Warga Tunisia mogok gesa kerajaan naikkan gaji

Ribuan kakitangan kerajaan mogok. - Foto Reuters
Ribuan kakitangan kerajaan mogok. - Foto Reuters
A
A
A

TUNISIA - Ribuan warga Tunisia yang diketuai kesatuan sekerja UGTT melancarkan mogok di seluruh negara bagi membantah keengganan kerajaan menaikkan gaji buat 67,000 kakitangan awam.

Mogok yang dianjurkan di jalanan itu adalah terbesar sejak pembunuhan ahli politik pembangkang Chokri Belaid pada Februari 2013, yang menyaksikan Tunisia beralih kepada demokrasi selepas kejatuhan autokrat Ben Ali dua tahun sebelumnya.

Mogok itu juga melumpuhkan sistem pengangkutan kereta api, bas dan trafik udara.

Krisis ekonomi telah merosakkan taraf hidup bagi warga Tunisia dan pengangguran adalah paling tinggi malah kekurangan pelabur sekali gus mengurangkan peluang pekerjaan.

Akibatnya, kerajaan telah melancarkan langkah-langkah penjimatan dan meminjam Tabung Kewangan Antarabangsa.

"Kami akan meneruskan langkah-langkah kami dan tidak akan berundur," kata pemimpin UGTT Nourredine Taboubi kepada ribuan kakitangan kerajan yang berkumpul di hadapan ibu pejabat UGTT, kelmarin.

Susulan kejadian itu, Perdana Menteri Youssef Chahed memberi amaran bahawa ia akan mendatangkan kesan besar kepada ekonomi negara yang sudah sedia rapuh.

Beliau kemudiannya menjemput wakil kesatuan ke meja rundingan. - Reuters

Artikel Berkaitan: