X

Kindly register in order to view this article
!

Ahli Parlimen, menteri Kabinet tiba di Parlimen

Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjalani pemeriksaan suhu badan sebelum memasuki dewan pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Kenderaan-kenderaan yang membawa ahli Parlimen dan Menteri-Menteri Kabinet dilihat mula memasuki kawasan bangunan Parlimen bermula 9 pagi tadi bagi menghadiri Istiadat Pembukaan Penggal Ketiga Parlimen ke-14 hari ini.

Pergerakan memasuki ke Bangunan Parlimen itu dikawal ketat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melakukan kawalan dan pemeriksaan terhadap setiap kenderaan di pintu masuk utama.

Hampir 100 pengamal media tempatan dan antarabangsa juga sudah mula berkumpul di luar bangunan Parlimen pada jam 7.30 pagi untuk membuat liputan dengan cuaca cerah dan agak panas.

Persidangan sehari Dewan Rakyat akan menyaksikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyampaikan Titah Diraja. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!