Dr Amalina 'mengidam' keropok lekor ketika 'lockdown'

Paparan Twitter Dr Amalina mencuri perhatian netizen.
Paparan Twitter Dr Amalina mencuri perhatian netizen.
A
A
A

SHAH ALAM - "Siapa ada jual, penghantaran keropok lekor kat London waktu 'lockdown' ni? Nak beli," demikian luahan pakar bedah warga Malaysia di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri apabila 'mengidam' menikmati keropok lekor ketika berada di perantauan.

Anak kelahiran Kota Bharu Kelantan itu meluahkan perkara tersebut menerusi Twitter miliknya semalam.

Ciapan beliau mencuri perhatian netizen yang turut membantunya mencari peniaga yang menjual keropok lekor di London.

@runaziluz mencadangkan beliau membeli di Malaysian Hall bagaimanapun Dr Amalina membalas ciapan dan memberitahu restoran itu telah ditutup berikutan pelaksanaan perintah berkurung.

Beberapa netizen turut berharap Dr Amalina berjaya menemui peniaga keropok lekor dan ada juga yang berkongsi resipi keropok lekor.

Kata Sha, "Ala kesiannya doktor nak makan sangat ni. Harap sesiapa ada yang baik hati bantu doktor."

Bagaimanapun, pada hantaran sama, Dr Amalina akhirnya berjaya menemui penjual keropok lekor menetap di Ireland dan membelinya dengan harga £11 (RM58) satu pek yang mengandungi enam batang keropok lekor.