Banjir kilat di Felda Palong 1, sembilan keluarga terjejas

Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba dilokasi sebaik dimaklumkan.
Pasukan Bomba dan Penyelamat tiba dilokasi sebaik dimaklumkan.
A
A
A

JEMPOL - Sembilan keluarga di Felda Palong 1, di sini terjejas selepas rumah mereka dinaiki air dalam kejadian banjir kilat malam tadi.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Bahau, Sasaruddin Hashim berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 10.53 malam dan seramai lapan anggota pergi ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

Antara keadaan banjir kilat di kawasan rumah di Felda Palong 1 malam tdi.
Antara keadaan banjir kilat di kawasan rumah di Felda Palong 1 malam tdi.

"Sebaik sahaja pihak bomba tiba di lokasi kejadian, kesemua mangsa sudah keluar dari rumah mereka. Jumlah mangsa terlibat tidak dapat dipastikan kerana ketika itu mereka berada di tepi jalan untuk menunggu air surut.

"Rumah mereka dinaiki air di bahagian luar rumah selepas hujan lebat sejak 7.30 malam. Paras ketinggian air kira-kira dua kaki atau paras lutut dan dipercayai banjir kilat ini berpunca daripada saliran longkang berhampiran rumah yang tersumbat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kesemua mangsa tidak dipindahkan kerana air telah surut.

Artikel Berkaitan: