Boleh bayar zakat melalui amil, di kaunter sepanjang PKPB

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUANTAN - Umat Islam di negeri ini boleh membayar zakat fitrah melalui khidmat amil yang dilantik majlis Ugama Islam dan Adat resam Maelayu Pahang (MUIP) atau di kaunter yang disediakan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika ini.

Kaedah itu diperkenankan Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selaku Yang Dipertua MUIP.

MUIP dalam satu kenyataannya mengumumkan perkara itu diputuskan selepas mendapat nasihat serta diperhalusi oleh Majlis Tindakan Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan (KKM) berkenaan Prosedur Operasi Standard (SOP norma baharu kutipan zakat fitrah menerusi amil yang dilantik atau di kaunter ketika tempoh PKPB berlangsung.

Menurut kenyataan itu, amil dan orang ramai yang mahu menunaikan zakat fitrah perlu mematuhi garis panduan yang telah disediakan.

Artikel Berkaitan: