TNB sahkan Jakel tidak curi bekalan elektrik

Pengarah Akaun Jakel Mohd Redza Hamdan menunjukkan meter dibuat mengikut spesifikasi dibenarkan.
Pengarah Akaun Jakel Mohd Redza Hamdan menunjukkan meter dibuat mengikut spesifikasi dibenarkan.
A
A
A

SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan bahawa bekalan elektrik yang disalurkan kepada Jakel adalah sah dan bukannya dicuri seperti didakwa sebelum ini.

TNB menerusi kenyataan rasmi di Facebooknya berkata, bekalan elektrik yang disalurkan didapati teratur dan dipasang dengan meter TNB.

TNB
TNB

"Bagaimanapun, atas dasar keselamatan, TNB telah membuat pemotongan bekalan di premis tambahan Jakel apabila pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan struktur pemasangan tambahan tersebut.

"Sehubungan itu, tiada sebarang isu mencuri bekalan elektrik seperti yang ditimbulkan di media sosial," kata kenyataan itu di sini semalam.

ARTIKEL BERKAITAN: Jakel nafi curi bekalan elektrik

Artikel Berkaitan: