X

Kindly register in order to view this article
!

Jakel nafi curi bekalan elektrik

Pengarah Akaun Jakel Mohd Redza Hamdan menunjukkan meter dibuat mengikut spesifikasi dibenarkan.
A
A

SHAH ALAM - Jakel menafikan menggunakan bekalan elektrik daripada pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) tanpa kebenaran pihak utiliti berkenaan di khemah di Seksyen 7 di sini.

Pengarah Jakel Shah Alam, Mohamed Izani Mohamed Jakel berkata, pihaknya mempunyai meter yang sah dan menafikan dakwaan berlaku kecurian elektrik.

"Pihak Jakel Shah Alam mempunyai meter yang sah dan kita bayar bil kepada pihak TNB setiap bulan tanpa gagal, saya percaya berlaku salah faham berkaitan perkara ini," katanya kepada Sinar Harian.

Berhubung khemah didirikan yang didakwa tidak mempunyai kebenaran pihak berkuasa, Mohamed Izani menjelaskan khemah itu bukan milik pihaknya.

"Khemah tersebut milik sebuah syarikat yang berpangkalan di Johor Bharu, permit untuk menyambung tak dapat ditambah pula dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi pihak kontraktor tak sempat untuk runtuhkannya," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang mendakwa struktur elektrik tanpa kebenaran di lokasi itu menggunapakai pencawang elektrik TNB tanpa kebenaran agensi tersebut.

Pengarah Akaun Jakel, Mohd Redza Hamdan menunjukkan bil elektrik yg mengesahkan Jakel mendapat bekalan letrik secara sah dan bukan seperti yg dinyatakan dalam FB MBSA
Pengarah Akaun Jakel, Mohd Redza Hamdan menunjukkan bil elektrik yg mengesahkan Jakel mendapat bekalan letrik secara sah dan bukan seperti yg dinyatakan dalam FB MBSA

Bagaimanapun kenyataan yang dimuat naik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Facebook rasminya diubahsuai beberapa jam kemudian.

Dalam pada itu Jakel turut menafikan struktur elektrik dibina tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengundang bahaya.

Katanya, struktur elektrik berkenaan dibuat mengikut spesifikasi dibenarkan.

"Struktur berkenaan dibina ikut spesifikasi dan dibenarkan beroperasi oleh TNB," katanya.

Terdahulu, MBSA menjalankan operasi perobohan struktur khemah tanpa kebenaran milik syarikat Jakel di Seksyen 7 hari ini.

Menurutnya kenyataan daripada MBSA, operasi tersebut dilakukan oleh kakitangan pelbagai Jabatan MBSA.

"MBSA telah mendapati struktur elektrik dibina tidak mengikut spesifikasi dan boleh mengundang bahaya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus