Tiga direman bantu kes peluru sesat

Ahmad Adnan Basri
Ahmad Adnan Basri
A
A
A

BATU GAJAH - Tiga lelaki ditahan reman selama empat hari, bermula hari ini bagi membantu siasatan kes melepaskan tembakan yang menyebabkan seorang pekebun cedera di leher ketika membersihkan kebun di belakang Taman Kinta Perdana, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, kesemua mereka berusia antara 20 hingga 60 tahun direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 21 Januari ini untuk siasatan kes dibawah Seksyen 37 Akta Senjatapi 1960.

“Tangkapan dibuat, semalam di sekitar kawasan Batu Gajah dan antara yang ditahan merupakan rakan mangsa yang bersama membersihkan kebun.

“Siasatan lanjut yang dilakukan berjaya merampas selaras senapang buatan sendiri yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya.

Ketika kejadian jam 5.45 petang itu, Muhammad Safwan Abu Jaapan, 20, bersama dua rakannya sedang membersihkan kawasan kebun yang diusahakan sejak 10 tahun lalu, sebelum secara tiba-tiba rebah dengan darah di leher.

Rakan mangsa yang melihat kejadian itu memberitahu terdengar bunyi letupan dipercayai tembakan.

Ahmad Adnan berkata,mangsa kini selamat menjalani pembedahan mengeluarkans erpihan peluru di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Keadaannya stabil, namun masih menerima rawatan di hospital berkenaan,” katanya.

Artikel Berkaitan: