Harga ayam naik: KPDNHEP terima dua aduan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menerima dua aduan berkaitan harga ayam yang dijual di pasaran.

Pengarahnya, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, pemeriksaan yang dijalankan tidak menemui sebarang kesalahan daripada kedua-dua premis tersebut.

“Pemeriksaan telah dijalankan ke atas dua premis tersebut dan mendapati peniaga ada pamer tanda harga serta alat timbang masih dalam tempoh tentusah.

“Peniaga telah diberi nasihat supaya mempamerkan tanda harga dengan jelas dan mengemaskini harga sekiranya ada perubahan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Saifullizan berkata, penguat kuasa KPDNHEP juga telah memberi amaran kepada peniaga supaya tidak naikkan harga ayam.

Beliau turut memberi jaminan bahawa bekalan ayam adalah mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri.

“Satu notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 telah dikeluarkan kepada peniaga yang diadu.

“Kita akan terus menjalankan pemeriksaan dan membuat pemantauan ke atas harga ayam secara harian dan akan mengambil tindakan ke atas peniaga yang didapati menyalahi undang-undang,” katanya.

Artikel Berkaitan: