Ustaz Kazim sudah keluar hospital

Gambar terkini Mohd Kazim yang dikongsi di Facebook menunjukkan beliau masih dalam keadaan lemah dan susut berat badan.
Gambar terkini Mohd Kazim yang dikongsi di Facebook menunjukkan beliau masih dalam keadaan lemah dan susut berat badan.
A
A
A

IPOH - Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias sudah dibenarkan pulang selepas tiga hari menerima rawatan di sebuah hospital swasta di sini.

Abangnya, Datuk Mohd Najmuddin Elias berkata, kebenaran itu diberikan pihak hospital setelah berpuas hati dengan tahap kesihatan pendakwah tersebut yang semakin memuaskan.

"Setelah urusan hospital selesai, adik saya dibenarkan keluar untuk berehat di rumah.

"Keadaannya agak lemah dan berat badannya telah berkurangan, apa pun kami gembira dan bersyukur beliau dibenarkan pulang," katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, punca penyakit dialami Mohd Kazim masih belum diketahui walaupun telah beberapa kali melakukan proses Imbasan Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) dan Ultrasound.

ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz Kazim ditahan di wad hospital swasta

Begitupun pihaknya tidak mahu membuat sebarang andaian termasuk kemungkinan terkena sihir seperti yang diperkatakan banyak pihak.

"Kami tidak boleh membuat berbagai andaian waktu ini termasuk unsur mistik, adalah lebih baik memberi ruang beliau berehat di samping tunggu dan lihat perkembangannya dalam waktu terdekat ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ahad lalu, Mohd Kazim memuat naik gambar berada di hospital sedang menjalani rawatan selepas mengadu sakit perut, pinggang dan bahagian belakang badan.

Beliau dilaporkan menghadapi masalah tidak boleh tidur lebih daripada dua bulan dan sejak dua minggu lalu kesihatan Pengasas Pusat Pendidikan Al-Barakah itu semakin tidak stabil sehinggalah dimasukkan ke wad, Selasa lepas.