KAFA alu-alukan sumbangan PBJ

Kamarudin (kiri) menerima sumbangan daripada Zahari. - Foto TRW
Kamarudin (kiri) menerima sumbangan daripada Zahari. - Foto TRW
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Jajahan (PBJ) di Kelantan dialu-alukan menghulurkan sumbangan dalam usaha meringankan beban Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyelesaikan tunggakan gaji bekas pemain importnya Cassio Francisco De Jesus berjumlah RM629,620.28.

Menurut Penolong Setiausaha Agung KAFA, Kamarudin Mohamad, kesemua sembilan PBJ turut disaran segera berhubung dengan KAFA bagi tujuan berkenaan.

“Sebagai ahli gabungan, kesemua PBJ merasa terpanggil untuk bersama membantu KAFA yang dalam keadaan tenat sekarang.

“Lagipun ini kali pertama sumbangan seumpama ini dibuat dalam kalangan PBJ di negeri ini. Kita memang alu-alukan sumbangan semua PBJ ini,” katanya yang juga Yang Dipertua PBJ Tanah Merah kepada Sinar Harian.

[ARTIKEL BERKAITAN] - AFC tiada kuasa campur tangan

Kamarudin berkata demikian ketika menerima sumbangan RM1,000 daripada Penasihat PBJ Jeli, Zahari Kechik di pejabat PBJ Tanah Merah, semalam.

Menurutnya, PBJ telah dimaklumkan mengenai sumbangan itu yang boleh disalurkan kepada KAFA dalam masa terdekat.

“Cuma kita belum confirm bila masa yang sesuai untuk kita serahkan sumbangan itu,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung KAFA, Husin Deraman memaklumkan pihaknya telah mengumpul sebanyak RM8,500 sehingga jam 12.30 tengah hari semalam.

Artikel Berkaitan: