Liga Super: Selangor FC terus mengganas, lonjak di kedudukan kedua

Pemain Penang FC, Muhammad Haqimi Azim Rosli (kanan) mengawal bola dari pemain pasukan Selangor FC ketika beraksi pada perlawanan Liga Super di antara pasukan Selangor FC dan Penamg FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini. Foto: Bernama

A
A
A

SELANGOR FC (SFC) melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas menewaskan Penang FC 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) malam ini, sekali gus melakar kemenangan kelima berturut-turut.

Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Kim Pan Gon mengumpul 15 mata, menyamai kutipan pendahulu liga Johor Darul Ta'zim (JDT), namun dipisahkan menerusi perbezaan jaringan.

Chrigor Moraes meledak dua gol buat Selangor masing-masing pada minit ke-11 dan ke-50, sebelum Ahmad Zikri Khalili melengkapkan kemenangan tuan rumah menerusi jaringan pada penghujung perlawanan.

Penang pula memperoleh gol tunggal menerusi Stefano Brundo pada minit ke-69.

Kapten Pemain Melaka FC Noel Agbre (tengah) menanduk bola keluar dari kawasan kotak penalti pada perlawanan Bola Sepak Liga Super Malaysia 2026/2027 menentang Kuala Lumpur FC di Stadium Hang Jebat, Krubong, pada Sabtu. Foto: Bernama

Sementara itu, Melaka FC meraih tiga mata di laman sendiri selepas menewaskan Kuala Lumpur City (KL City) FC 3-2 dalam aksi di Stadium Hang Jebat, Krubong.

Ketika kedudukan terikat 2-2, R Ruventhiran muncul wira Melaka menerusi jaringan pada minit ke-86 untuk memastikan kemenangan berpihak kepada tuan rumah.

KL City terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Fareed Sadat pada minit ke-12 sebelum Melaka bangkit menerusi gol Christian de Souza Andre pada minit ke-41 dan Kpah Sean Sherman pada minit ke-53.

Bagaimanapun, gol sendiri Muhammad Syahir Ab Rashid pada minit ke-76 membolehkan KL City kembali menyamakan kedudukan, sebelum Ruventhiran memastikan tiga mata menjadi milik Melaka.

Artikel Berkaitan:

Pemain Negeri Sembilan FC, Luqman Hakim Shamsudin membawa bola ketika menentang Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Sabtu. Foto: Bernama
Pemain Negeri Sembilan FC, Luqman Hakim Shamsudin membawa bola ketika menentang Sabah FC pada aksi Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pada Sabtu. Foto: Bernama

Dalam satu lagi aksi, Negeri Sembilan FC (NSFC) dan Sabah FC terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas terikat 1-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Sabah terlebih dahulu berada di depan menerusi Gonzalo Ignacio Di Renzo pada masa kecederaan separuh masa pertama, sebelum Jovan Motika menyamakan kedudukan buat Negeri Sembilan menerusi sepakan penalti pada minit ke-67. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!