Masjid Ar-Rahah lancar Rumah Ngaji

Peserta yang hadir program #QuranHour dan pelancaran Rumah Ngaji @ Ar-Rahah.
Peserta yang hadir program #QuranHour dan pelancaran Rumah Ngaji @ Ar-Rahah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Masjid Ar-Rahah Bangsar South City menjadi Rumah Ngaji ke-27 dalam Wilayah Persekutuan yang dilancarkan hari ini.

Majlis disempurnakan Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Munir Md Salleh, hari ini.

Seramai 200 peserta hadir di pelancaran Rumah Ngaji @Ar-Rahah dan turut diadakan program #QuranHour membawa penghayatan makna surah Al-Kahfi yang disampaikan Ustaz Dzulkhairi Mohd Nor.

Terdahulu, peserta mengalunkan bacaan al-Fatihah dan al-Baqarah diketuai Imam Masjid Ar-Rahah, Khairul Haffiz Ab Halim.

No Image Caption

Turut hadir Pengerusi Masjid Ar-Rahah, Tan Sri Md Nor Md Yusof, Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas, Datuk Hussamuddin Yaacub dan wakil Sahabah al-Quran.

Khairul Haffiz berkata, pihak masjid melakukan penjenamaan semula program sebagai menyesuaikan kumpulan kariah yang terdiri daripada kalangan korporat.

"Kita melihat sekarang adalah masa sesuai untuk membawa modul al-Quran melalui kelas yang diadakan pada hari Selasa dan Khamis selain program takzirah dan motivasi kepada kariah sekitar sini.

Artikel Berkaitan:

"Diharapkan pelancaran Rumah Ngaji ini akan menarik lebih ramai lagi kariah untuk turut serta mengimarahkan masjid dan memperkasakan masjid," katanya.

No Image Caption

Sementara itu, Munir berkata, JAWI sentiasa menyokong penuh program #QuranHour di mana program ini sering mengingatkan masyarakat mendekati al-Quran, membaca dan memahaminya.

"JAWI berharap apa jua program yang dijalankan mestilah mengikut syarat ditetapkan mengikut al-Quran dan sunnah serta mengikut Maqasid Syariah.

"JAWI sendiri sudah menggerakkan program mendekati al-Quran tetapi bukan disebut #QuranHour sebaliknya menggunakan konsep imarah masjid. Perkara baik kita sokong sama ada syarikat korporat mahupun pihak masjid sendiri," katanya.

Sebanyak 1,400 Rumah Ngaji ditubuhkan sejak 2015 dalam usaha berinteraksi dengan al-Quran menekan aspek baca, faham dan amal.