X

Kindly register in order to view this article
!

Hospital Taiping sahut kempen World #QuranHour

Seramai 20 kakitangan Hospital Taiping dan ahli Rumah Ngaji Taiping menyertai Program World #QuranHour di Hospital Taiping hari ini.
A
A

TAIPING - Keterbatasan pergerakan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tidak menghalang warga Hospital Taiping menyahut kempen World #QuranHour yang berlangsung hari ini.

Seramai 20 kakitangan Hospital Taiping bersama ahli Rumah Ngaji Taiping menjayakan kempen World #QuranHour yang diadakan di Bilik Seminar 1, Hospital Taiping di sini.

Hadir sama dalam program tersebut, Penggerak Rumah Ngaji Perak, Noor Mazlina Noor Shah; Penggerak Rumah Ngaji Taiping, Hanita Hashim dan Timbalan Pengarah Pengurusan Hospital Taiping, Nurul Faiz Khairol Azmi.

Kolaborasi di antara Rumah Ngaji Taiping dan Hospital Taiping julung kali diadakan bagi program World #QuranHour ini.

Menurut Noor Mazlina, di Perak terdapat empat lokasi utama penganjuran program World #QuranHour iaitu di Hospital Taiping, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak.

Katanya, tidak seperti penganjuran World #QuranHour sebelum ini yang diadakan di Rumah-rumah Ngaji seluruh Perak, semua ahli Rumah Ngaji melaksanakan program berkenaan di kediaman masing-masing berikutan penularan pandemik koronavirus (Covid-19).

Beliau berkata, penganjuran program di lokasi-lokasi utama di Perak diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat dengan mengutamakan penjarakan sosial kepada semua peserta.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus