Litmanen cerita pengalaman dijangkiti Covid-19

Jari Litmanen
Jari Litmanen
A
A
A

Bekas tonggak Liverpool, Jari Litmanen mengakui terpaksa mengharungi pengalaman cukup getir selama sebulan untuk kembali pulih selepas disahkan positif wabak Covid-19.

“Apa yang boleh saya katakan keadaan kesihatan saya tidak lagi seperti dulu apabila disahkan positif Covid-19. Ada masa saya demam, sakit kepala, sakit sendi, sesak nafas sehingga memberi kesan negatif kepada tubuh badan saya.

“Begitupun, sepanjang empat minggu itu keadaan saya tidaklah begitu teruk sehingga menyebabkan terpaksa dimasukkan di hospital, sebaliknya saya kuarantinkan diri di rumah.

“Apabila anda disahkan positif Covid-19, sesungguhnya bermulalah satu proses keperitan yang panjang untuk kembali pulih seperti biasa,” kata Litmanen yang kini sah bebas daripada Covid-19.

Ketika menjalani rawatan dan kuarantin diri di rumah, Litmanen yang juga bekas pemain Ajax Amsterdam tetap mengikuti perkembangan semasa bola sepak antarabangsa.

“Biarpun berdepan kesukaran sepanjang tempoh empat minggu itu apabila perlu melalui proses pemulihan yang ketat dan rapi, ia tidak memadamkan semangat saya terhadap bola sepak,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: