Selangor bincang kebenaran sektor ditangguh beroperasi semula

Amirudin Shari
Amirudin Shari
A
A
A

SHAH ALAM - Selangor bakal memutuskan sama ada memberikan kebenaran untuk sektor yang ditangguhkan operasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPDB).

Menteri Besar Selangor, Datuk Amirudin Shari berkata, perbincangan akan diadakan bersama beberapa pihak termasuk Yang Dipertua Majlis, Datuk Bandar dan Pegawai Daerah.

"Sebelum ini kita melaksanakan dan menetapkan pembukaan sektor-sektor tertentu dengan garis panduan yang ditetapkan dan kalau diikutkan tak banyak (sektor ditangguhkan) sebenarnya hanya babitkan penjaja, kedai makan dan aktiviti rekreasi yang terhad.

"Kita buat sedemikian kerana mahu melihat penerimaan rakyat dan masa sama memastikan tidak berlakunya 'crash landing' dan sekali gus semua berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kasih Ramadan anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Negeri Selangor dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor di Dewan Megawati, Kediaman Menteri Besar Negeri Selangor di sini semalam.

Artikel Berkaitan: