Tiga petak gerai Pasar Awam Sekinchan ditutup

Tiga petak gerai di Pasar Awam Sekinchan di sini ditutup bermula semalam.
Tiga petak gerai di Pasar Awam Sekinchan di sini ditutup bermula semalam.
A
A
A

SEKINCHAN - Tiga petak gerai di Pasar Awam Sekinchan di sini ditutup bermula semalam berikutan seorang peniaga pasar itu disahkan positif koronavirus (Covid-19).

Yang Dipertua Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Mohd Faizul Fitri Muslil berkata, tiga petak gerai pasar itu ditutup sementara sehingga tahap kesihatan peniaga yang dijangkiti wabak itu kembali pulih.

Menurutnya, peniaga terbabit didapati positif Covid-19 selepas menjalani ujian 'swab test' (calitan tekak) pada 5 Mei lalu.

"Keseluruhan pasar awam ini beroperasi seperti biasa, tetapi hanya tiga petak gerai sahaja ditutup sementara," katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Faizul berkata, sebahagian besar peniaga dan pekerja di Pasar Awam Sekinchan telah menjalani ujian swab test seperti yang diarahkan Pejabat Kesihatan Daerah Sabak Bernam.

"Bagaimanapun, terdapat segelintir dalam kalangan mereka masih belum membuat saringan kesihatan," katanya.

Justeru, tegas beliau, pihaknya memandang serius terhadap mana-mana peniaga dan pekerja di pasar awam yang masih belum menjalani ujian Covid-19.

Justeru katanya, semua pihak diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti mematuhi penjarakkan sosial serta sentiasa memakai topeng muka dan mulut.

Artikel Berkaitan:

"Orang ramai juga diminta mendaftar sebagai pengunjung pasar, tidak membawa mereka yang berisiko mudah djangkiti seperti warga tua dan kanak-kanak ke pasar serta kerap mencuci tangan," katanya.