X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 19 Januari 2022

Qatar Airways beri 100,000 tiket percuma untuk 'frontliners'

Qatar Airways tawar 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam membantu merawat pesakit yang dijangkiti Covid-19.
A
A

DOHA - Qatar Airways menawarkan 100,000 tiket percuma kepada profesional penjagaan kesihatan di seluruh dunia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan dalam membantu merawat pesakit yang dijangkiti koronavirus (Covid-19).

"Profesional penjagaan kesihatan di setiap negara di dunia layak mendapat tiket percuma ini," umum syarikat penerbangan berkenaan dalam satu kenyataan pada Isnin lapor agensi berita Anadolu.

Tawaran akan dibuka pada 12 hingga 18 Mei dan pendaftaran boleh dibuat di laman web qatarairways.com/ThankYouHeroes.

"Mereka yang menerima kod promosi boleh menempah sehingga dua tiket pergi balik kelas ekonomi secara percuma untuk penerbangan yang dikendalikan Qatar Airways ke mana sahaja di rangkaian global syarikat penerbangan ini," tambah kenyataan itu.

Qatar Airways akan kembali membuka semula operasi tidak lama lagi selepas ditangguhkan sementara kerana wabak Covid-19. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!