Hina TMJ: Polis mohon reman Patrick Teoh dilanjut

Patrick Teoh
Patrick Teoh
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis akan memohon lanjutan tahanan reman ke atas pelakon dan penyampai radio Patrick Teoh bagi membantu siasatan mengenai kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Facebooknya Khamis lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, reman suspek berakhir esok tetapi dia tidak memberikan kerjasama sepanjang siasatan dan mendakwa lupa kata laluan.

"Oleh itu, pegawai penyiasat meminta lebih masa untuk menahannya bagi menyelesaikan siasatan," kata Ayob Khan dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Hina TMJ: Patrick Teoh direman tiga hari

Terdahulu Sinar Harian melaporkan Patrick direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di Facebook.

Patrick ditahan reman semalam hingga 12 Mei untuk disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan dan Multimedia 1998.

Penahanan terhadapnya dilakukan selepas polis menerima laporan pada 8 Mei daripada orang awam.

Penyampai radio itu juga dipercayai berkongsi video berkenaan pada Khamis lalu (7 Mei) dan menggunakan kata-kata tidak senonoh ketika mengulasnya Facebook.

Artikel Berkaitan: