Lagu Dendang Perantau jadi bualan netizen

Paparan Twitter KKM Putrajaya mengusik jiwa netizen.
Paparan Twitter KKM Putrajaya mengusik jiwa netizen.
A
A
A

SHAH ALAM - Lagu Dendang Perantau mula menjadi sebutan netizen selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilanjutkan sehingga 9 Jun.

Jika dihayati bait-bait lirik lagu didendangkan Allahyarham Tan Sri P Ramlee ini pasti netizen menangis kerana membayangkan situasi dalam lagu berkenaan.

Selain lagu Dendang Perantau, lagu Dari Jauh Ku Pohon Maaf dinyanyikan Allahyarham Sudirman juga mengundang sayu netizen.

Ini ditambah pula ciapan di Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Putrajaya dengan kapsyen, "Dendang Perantau... bersabarlah demi keselamatan dan kesihatan," juga mengusik jiwa netizen.

Ada juga netizen menyambung lirik lagu Dendang Perantau bagi menghiburkan pelayar Twitter selepas mendengar pengumuman tersebut.

"Di hari raya terkenang daku kepada si dia. Kampungku indah nun jauh di sana ayah serta bondaku," ciap Amirul.

Kata Aishah pula berkata, "Bayangkan yang taip ni adalah mereka yang daripada awal tak dapat cuti bersama keluarga sendiri. Apatah lagi nak sambut Raya. Moga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk berjuang selamatkan rakyat Malaysia. Amin."

Mek Na berkata, dia pasrah dan akur dengan keputusan kerajaan bagi membendung wabak koronavirus (Covid-19),

Artikel Berkaitan:

"Yela, apa boleh buat. Demi negara," katanya.

Perkataan Hari Raya trending di Twitter.
Perkataan Hari Raya trending di Twitter.

Iman Johari mengimbau kenangan terpaksa menempuh perjalanan sesak pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri namun kali ini berbeza.

"Sebelum ni, kita bersesak di atas jalan raya sampai ada yang mengambil masa lebih 12 jam hanya semata-mata untuk sambut raya bersama org (orang) disayangi.

"Namun kali ini kita semua tak dapat pulang beraya disebabkan perkara yang lebih penting daripada itu, bahkan ini penting agar Covid-19 hilang," ciapnya.

Perkataan hari raya juga trending teratas Twitter sekali gus memberi kesimpulan, netizen kini meluahkan perasaan tidak berpeluang pulang ke kampung pada Aidilfitri yang bakal disambut 23 Mei ini.