Kilang kitar semula haram diserbu

Sebuah kilang kitar semula plastik yang beroperasi secara haram diserbu dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di kawasan perindustrian Zurah, Rasa di sini.
Sebuah kilang kitar semula plastik yang beroperasi secara haram diserbu dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di kawasan perindustrian Zurah, Rasa di sini.
A
A
A

HULU SELANGOR - Sebuah kilang kitar semula plastik yang beroperasi secara haram diserbu dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan di kawasan perindustrian Zurah, Rasa di sini semalam.

Operasi yang dijalankan Majlis Daerah Hulu Selangor itu turut disertai Jabatan Alam Sekitar (JAS) Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, operasi itu dijalankan berdasarkan aduan yang diterima daripada orang awam.

"Ketika diserbu premis itu tidak beroperasi dan terdapat dua individu yang merupakan pemilik serta penjaga premis.

"Siasatan dijalankan mendapati premis itu menjalankan operasi kitar semula plastik tanpa lesen sah dari Majlis Daerah Hulu Selangor, kebenaran merancang (KM), pelan bangunan dan kelulusan Environmental Impact Assessment (EIA) dari Jabatan Alam Sekitar," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, premis itu dikenakan kompaun dan beberapa peralatan seperti set welding, tong gas serta mesin pengisar plastik telah disita.

"Pihak Jabatan Alam Sekitar juga telah meletakkan (seal) mesin milik premis agar tidak beroperasi semula," katanya.

Dalam pada itu, Sze Han berkata, kerajaan Selangor akan meneruskan pemantauan bagi mengesan mana-mana kilang yang beroperasi secara haram di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Biarpun kini memasuki peringkat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD) di negeri ini namun tindakan akan dijalankan seperti biasa bagi mencegah aktiviti kilang haram," katanya.

Katanya, kerjasama orang ramai dengan menyalurkan maklumat tentang kilang haram sangat diperlukan.

"Orang awam juga disaran untuk membuat laporan segera sekiranya mendapati terdapat kilang haram di kawasan mereka," katanya.