Penganggur terkejut rumah dipecah masuk

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini, boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini, boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang penganggur terkejut apabila mendapati rumahnya di Sri Damansara, di sini, dipecah masuk penjenayah, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, mangsa berusia 29 tahun itu mendakwa dia terkandas di kampung sejak tujuh minggu lalu disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Mangsa menyedari rumah dipecah masuk setelah dia pulang ke rumah pada jam 8.40 malam, kelmarin.

"Mangsa mendapati mangga di pintu sudah tiada serta lantai dipenuhi kesan tapak kaki berlumpur," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Menurutnya antara barang yang hilang adalah mesin basuh, televisyen, permainan PlayStation 4, seterika dan penapis air jenama Coway.

"Penjenayah turut melarikan dua jam tangan jenama G Shock dan Guess," katanya.

Nik Ezanee berkata, pihaknya masih mengesan suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini, boleh menghubungi balai polis berhampiran untuk membantu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: