MBSA gempur premis perniagaan warga asing

Lima premis yang diuruskan warga asing diarah tutup serta merta dalam operasi yang dijalankan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 hari ini.
Lima premis yang diuruskan warga asing diarah tutup serta merta dalam operasi yang dijalankan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Lima premis termasuk kedai gunting rambut yang dikendalikan warga asing diarah tutup serta-merta dalam operasi yang dijalankan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 hari ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, dalam operasi tersebut sebanyak sembilan premis telah diperiksa dan hasil pemeriksaan lima premis telah diarah tutup kerana melanggar syarat dan peraturan MBSA.

"Pihak MBSA telah menutup dua kedai runcit, sebuah kedai makan, sebuah kedai gunting rambut dan sebuah kedai jam kerana premis ini diuruskan oleh warga asing tanpa permit.

"Sebanyak 12 kompaun telah dikeluarkan, lapan kompaun mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171), tiga kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Pelesenan Tred, Perniagaan Dan Perindustrian (MBSA) 2007 dan satu kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Establisymen Makanan (MBSA) 2007," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerbu premis perniagaan yang diuruskan oleh warga asing di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 hari ini.
Penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyerbu premis perniagaan yang diuruskan oleh warga asing di Kampung Baru Hicom, Seksyen 26 hari ini.

Beliau berkata, dalam operasi itu, polis turut menahan 11 orang warga asing untuk siasatan lanjut.

Katanya, operasi ini turut disertai oleh anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Balai Polis Sri Muda dan Pondok Polis Taman Alam Megah.

Artikel Berkaitan: