KPLB peruntuk RM25.3 juta untuk PPRT di Kelantan

Rina diiringi Sazmi dan Iskandar Zurkarnain menyampaikan sijil bantuan perumahan rakyat termiskin kepada penerima di sini, hari ini.
Rina diiringi Sazmi dan Iskandar Zurkarnain menyampaikan sijil bantuan perumahan rakyat termiskin kepada penerima di sini, hari ini.
A
A
A

JELI - Kementerian Pembangunan Luar Bandar memperuntukkan RM25.3 juta untuk program kesejahteraan rakyat di negeri ini yang melibatkan pembinaan rumah baru dan baik pulih Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi tahun 2019.

Menterinya, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, daripada jumlah tersebut sebanyak RM9.498 juta diperuntukkan untuk membina rumah baharu melibatkan 190 unit, manakala untuk baik pulih 1,094 unit pula membabitkan kos sebanyak RM15.8 juta.

“Bagi 2019 juga, secara keseluruhan sebanyak RM210 juta diperuntukkan untuk projek pembangunan di Kelantan dan kami di kementerian di bawah kerajaan PH tetap memikirkan masyarakat di luar bandar tanpa mengira fahaman politik.

“Walaupun Kelantan bukan negeri di bawah PH kita tetap bantu, yang penting rakyat didahulukan Jadi, kita harap tidak ada yang cuba mempolitikkan perkhidmatan yang kita berikan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Program Bantuan Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kesedar 2018 yang turut dihadiri

Pengerusi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Datuk Sazmi Miah dan Pengurus Besar Kesedar, Iskandar Zurkarnain Ibrahim di sini, hari ini.

Artikel Berkaitan: