Mesyuarat Kabinet tentukan kebenaran solat Jumaat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memaklumkan bahawa pengumuman dan prosedur operasi standard (SOP) berhubung solat Jumaat di masjid akan dibuat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri selepas ia diputuskan dalam mesyuarat Kabinet.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia merupakan keputusan besar yang akan dibuat dan perlu merujuk kepada Jawatankuasa Khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Hari ini Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri telah membentangkan pandangan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Ha Ehwal Ugama Islam Malaysia berhubung solat berjemaah atau Jumaat di masjid.

"Ia melibatkan keputusan besar, jadi ia perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Khas MKN. Kemudian ia akan dibawa ke mesyuarat Kabinet. Jadi kita tunggu mesyuarat berlangsung dan ia akan diumumkan oleh Datuk Seri Dr Zulkifli," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah ibadah dibuka penuh kegembiraan nanti, tweet Zulkifli

Semalam Dr Zulkifli menyatakan bahawa resolusi berkaitan garis panduan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang diputuskan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) akan dibawa kepada Majlis Raja-Raja.

Beliau berkata, ia sebagai pandangan dan nasihat untuk dipertimbang serta diputuskan pihak berkuasa agama negeri.

Artikel Berkaitan: