X

Kindly register in order to view this article
!

Masyarakat perlu main peranan putuskan rantai Covid-19

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyampaikan al-Quran dalam majlis penyerahan sumbangan al-Quran Wakaf Yayasan Restu kepada frontliners dan pusat kuarantin Covid-19 negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini hari ini.
A
A

SHAH ALAM - Dalam usaha memutuskan rantaian pandemik koronavirus (Covid-19), semua lapisan masyarakat di negeri ini diseru supaya memainkan peranan dengan mematuhi peraturan ditetapkan kerajaan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Diubahsuai (PKPBD).

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penguatkuasaan semata-mata tidak memadai tanpa sokongan daripada golongan masyarakat.

"Kita sudah bersama menempuh hampir lebih daripada 40 hari dengan duduk di rumah sebelum ini dan mematuhi segala yang ditetapkan selain mengamalkan langkah penjagaan kebersihan seperti kerap mencuci tangan.

"Bukan itu sahaja, sekarang ini beberapa sektor ekonomi dibuka dan aktiviti ekonomi dibenarkan mengikut peraturan ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi, dalam soal ini, kita perlu sama-sama mematuhi penjarakkan sosial.

"Kalau mahu mengharapkan penguatkuasaan semata-mata, kita kena realistik kerana usaha memutuskan rantaian Covid-19 perlu melibatkan kerjasama daripada masyarakat itu sendiri untuk mematuhi prosedur standard operasi (SOP) ditetapkan oleh KKM," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan sumbangan al-Quran Wakaf Yayasan Restu kepada frontliners dan pusat kuarantin Covid-19 negeri Selangor di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor di sini hari ini.

Katanya, #kitajagakita jelas membawa maksud supaya semua pihak bekerjasama dalam menghadapi wabak Covid-19.

"Dalam usaha memutuskan rantaian wabak Covid-19 ini, kita memerlukan antara satu sama lain dan tidak boleh hanya mengharapkan kepada satu pihak semata-mata," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!