Robertson akui minat beraksi dengan Celtic

Robertson
Robertson
A
A
A

PERTAHANAN Liverpool, Andrew Robertson mengakui berminat untuk beraksi bersama Celtic, jika tidak bersara di Anfield.

Pemain kebangsaan Scotland itu berkata, dia sememangnya bercita-cita untuk beraksi bersama skuad The Hoop itu kerana telah menyokong kelab berkenaan sejak kecil.

Malah menurut Robertson, dia turut meluangkan masa untuk membaca buku akademi Celtic, sebelum bergelar pemain bola sepak profesional.

“Jika anda bertanyakan apa yang saya mahu lakukan, sudah tentu saya akan menjawab bahawa saya mahu bersara di Liverpool.

“Bagaimanapun, anda pasti faham bahawa adalah sukar untuk beraksi sehingga peringkat tertinggi sehingga anda berusia 35 hingga 36 tahun,” katanya.

Untuk rekod, Robertson adalah sebahagian daripada tonggak Liverpool ketika muncul juara Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim lalu.

Dia turut membantu skuad The Reds itu untuk mendominasi takhta EPL musim ini, sebelum saingan EPL ditangguhkan berikutan wabak Covid-19.

Robertson juga telah menjaringkan satu gol dan tujuh assist setakat ini selain turut berada dalam senarai tahunan pemain PFA buat kali kedua apabila saingan EPL ditangguhkan.

Artikel Berkaitan:

Selain itu, sejak menyertai Liverpool dari Hull dengan nilai RM43 juta dari Hull musim 2017 lalu, Robertson telah melakukan 119 penampilan bersama Liverpool dalam semua pertandingan dan sekali gus menjadikannya sebagai antara pemain pertahanan terbaik dalam saingan liga bola sepak Eropah.

Sementara itu Robertson berkata, dia mungkin akan menggunakan peluang yang ada untuk kembali sebagai pemain senior terkemuka ke Celtic suatu hari nanti.

“Saya kini sedia untuk menyarung pakaian dengan logo Celtic dan berjalan di sekitar Parkhead, suatu hari nanti," katanya.