Covid-19: Singapura guna anjing robot kawal penjarakan sosial

Singapura mengumumkan akan menghantar Spot, sebuah anjing robot yang dibangunkan Boston Dynamic's ke sebuah taman. Foto: Agensi
Singapura mengumumkan akan menghantar Spot, sebuah anjing robot yang dibangunkan Boston Dynamic's ke sebuah taman. Foto: Agensi
A
A
A

SINGAPURA - Pihak berkuasa di Singapura mempunyai cara tersendiri bagi memantau kepatuhan penjarakan sosial rakyatnya dalam membendung penularan koronavirus (Covid-19).

Semalam, Singapura mengumumkan akan menghantar Spot, sebuah anjing robot yang dibangunkan Boston Dynamic's ke sebuah taman.

Robot berkaki empat itu akan memulakan tugasnya esok dan turut menyiarkan rakaman mesej peringatan kepada orang ramai mengenai kepentingan penjarakan sosial.

Peranti itu turut dilengkapi kamera yang mengimbas keadaan sekeliling dan membantu pegawai bertugas dalam menentukan anggaran jumlah individu yang berkumpul di taman.

Langkah terbaharu itu adalah sebahagian daripada eksperimen dalam menguatkuasakan penjarakan sosial selepas Singapura merekodkan peningkatan drastik kes jangkitan Covid-19.

Projek sulung itu akan berlangsung selama dua minggu di sebuah taman pada waktu puncak.

Bagaimanapun, sekiranya projek itu berhasil, pihak berkuasa mempertimbangkan untuk memperluas program tersebut di seluruh negara. - Agensi

Artikel Berkaitan: