Isu salib: Jangan anggap isu remeh

Mohd Asri Mat Daud
Mohd Asri Mat Daud
A
A
A

KOTA BHARU – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof perlu bertegas dalam isu salib dan tidak menganggap ia remeh atau biasa.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak Pas, Mohd Asri Mat Daud berkata, hanya kerana ingin membawa ‘Rahmatan lil alamin’ iaitu Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW sebagai rahmat ke seluruh alam mengikut versi PH, hal berkaitan penjagaan maruah dan syiar Islam dibiarkan tanpa ketegasan.

“Dewan Ulamak Pas Pusat menyelar pihak yang menjadikan isu ini sebagai normal kerana ia akan mengakibatkan kelonggaran pada akidah.

“Keharmonian antara agama tidak sepatutnya dijadikan alasan masyarakat Islam menjadi liberal tetapi ia menjadikan syiar Islam semakin gah dan boleh mendekati penganut lain,” katanya.

Mohd Asri berkata, suatu yang pelik kerana isu sebegini makin menjadi-jadi setelah PH mentadbir negara.

Katanya, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow dan pihak pemaju beralasan ia akibat pemasangan lampu yang tidak habis dibuka, hanya bersifat ‘mengawal kerosakan’ kerana mahu menyembunyikan agenda sebenar.

Ini kerana beliau berkata, selepas ia tular beberapa hari, barulah kenyataan balas dibuat.

Sebelum ini, lampu di bangunan kediaman Grace Residence, Jelutong memancarkan cahaya berbentuk salib gergasi menimbul kecaman pelbagai pihak.

Artikel Berkaitan: