Kontraktor direman bantu siasatan tender makanan

A
A

SANDAKAN - Seorang kontraktor direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mengemukakan penyata bank palsu untuk mendapatkan tender pembekalan makanan bermasak asrama sebuah sekolah di Beluran bernilai RM2.2 juta pada 2016.

Pendaftar Mahkamah Majistret Rosmaini Osman membenarkan permohonan Penolong Kanan Penguasa SPRM Shuhaimi Abd Manaf untuk menahan reman lelaki berusia 52 tahun itu sehingga 24 Januari ini.

Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda daripada nilai tuntutan atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan. - Bernama


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia