X

Kindly register in order to view this article
!

Tunggu pengumuman PM berkaitan PKPB: Ismail Sabri

Muhyiddin Yassin.- Foto Sinar Harian
A
A

PUTRAJAYA - Sama ada kerajaan akan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berakhir pada 12 Mei ini masih belum diputuskan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau belum memperoleh maklumat berhubung perkara itu.

"Sebaiknya kita tunggu nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) kerana Akta 342 ini berada di bawah kementerian terbabit.

"Menteri Kesihatan akan beri nasihat kepada kerajaan sama ada akan sambung atau tidak," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama
Ismail Sabri Yaakob - Foto Bernama

Bagaimanapun katanya, pengumuman berhubung hal itu biasanya akan dimaklumkan lebih awal sebelum tamat sesuatu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Jadi tunggu saja pengumuman Perdana Menteri," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN] - Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat mula Isnin ini

Pada 23 April lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerusi satu perutusan khas memutuskan PKP dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi bermula 29 April hingga 12 Mei ini.

Beliau kemudian mengumumkan pelaksanaan PKPB bermula 4 Mei lalu, susulan dua daripada enam strategi dan perancangan kerajaan dalam memerangi wabak iaitu ketegasan dalam tindakan mengawal jangkitan koronavirus (Covid-19) dan membina ketahanan melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin telah membuahkan hasil.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!