X

Kindly register in order to view this article
!

Peniaga sokong keputusan kuat kuasa UUK penjajaan

Rosli
A
A

SHAH ALAM - Peniaga tempatan menyambut baik usaha Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (UUK) bagi memastikan tiada warga asing terlibat dalam industri perniagaan khususnya sektor penjajaan.

Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman menjelaskan, perkara itu juga menjadi antara agenda penting yang diperjuangkan pihaknya sejak dahulu lagi.“Jika betul DBKL mahu banteras peniaga asing, sayalah orang pertama yang menyokong usaha itu.

“Saya sudah hidup lebih 40 tahun di Kuala Lumpur. Jadi saya faham bagaimana peniaga warga asing ini bukan sahaja meneruskan kelangsungan hidup bahkan mewarisi perniagaan kepada anak-anak mereka,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Rosli turut berharap DBKL mengambil peluang ketika negara melakukan penutupan sempadan selepas berdepan dengan wabak koronavirus (Covid-19) untuk membanteras penjaja warga asing.

“Selain mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk polis dan imigresen, DBKL juga perlu cari mekanisme terbaik dan membuktikan keberkesanan usaha mereka itu.

“Mereka perlu pastikan selepas ini tiada lagi penjaja warga asing dan sektor berkenaan perlu dijaga kerana ia menjadi sumber pendapatan bagi golongan yang kurang mampu untuk jana ekonomi mereka,” katanya.

Ditanya mengenai jumlah penjaja warga asing berniaga di Kuala Lumpur, Rosli tidak dapat mendedahkan bilangan sebenar sebaliknya mengakui jumlah itu terlalu ramai dan boleh dilihat di Selangor Mansion serta Malayan Mansion dekat Jalan Masjid India.

Katanya, itu belum dicampur dengan warga asing di Pudu, Brickfields dan Selayang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!