PKPB: ATM terus bantu PDRM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih terus membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun sekatan jalan raya telah dikurangkan.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih terus membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun sekatan jalan raya telah dikurangkan.
A
A
A

PUTRAJAYA - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih terus membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) walaupun sekatan jalan raya telah dikurangkan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, fokus kedua-dua pasukan keselamatan lebih menjurus ke arah penguatkuasaan pematuhan dari segi prosedur operasi standard (SOP) dan pematuhan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

"ATM masih membantu polis sehingga sekarang bagi tujuan penguatkuasaan SOP. Seperti saya sebut semalam ada 14 agensi di dalam task force bagi melaksanakan pematuhan PKPB.

"Untuk hari ini 12 lagi agensi di bawah task force belum kelihatan lagi tetapi selepas ini akan ada. Mereka akan laksanakan kawalan dan pematuhan perintah ini," katanya pada sidang akhbar (Non-Health) selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini hari ini.

Beliau memaklumkan bahawa agensi beruniform di bawah task force ini turut memberikan tumpuan memperketatkan kawalan di sempadan negara.

"Bukan sahaja kawasan sempadan rasmi kita ketatkan tetapi di 'lorong tikus' yang menjadi laluan pendatang asing tanpa izin (PATI) turut diberikan kawalan ketat," katanya.

Artikel Berkaitan: