Guru bantu keluarga pelajar terjejas

Fauzi (kiri) menyampaikan juadah berbuka puasa kepada Rumah Anak Yatim Al-Qamariah Pasir Mas.
Fauzi (kiri) menyampaikan juadah berbuka puasa kepada Rumah Anak Yatim Al-Qamariah Pasir Mas.
A
A
A

PASIR MAS - Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ibrahim Dua mewujudkan tabung kecemasan bagi membantu keluarga pelajar yang terjejas berikutan penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Hampir RM30,000 berjaya dikumpul hasil sumbangan ikhlas daripada warga guru, staf sokongan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta alumni SMK Ibrahim Dua.

Pengetua Cemerlang, Fauzi Yazid berkata, seramai 445 keluarga pelajar yang kurang berkemampuan telah menerima manfaat dari tabung berkenaan.

"Apa yang kami lakukan ini adalah salah satu bentuk sokongan kepada pelajar terlibat dan keluarganya supaya terus tabah.

"Saya akui perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) memberikan kesan cukup besar kerana kebanyakan ibu bapa pelajar berkenaan bekerja sendiri," katanya.

Menurutnya, selain bantuan makanan mereka turut menerima sumbangan zakat.

Katanya, beliau berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan beban keluarga terbabit.

Fauzi berkata, selain pelajar, sumbangan kepada pihak luar turut diberikan antaranya pengawal keselamatan, pekerja kebersihan dan pasukan pengakap Kelana Blackflury Rovers yang menyediakan face shield (pelitup muka) untuk barisan hadapan negara.

Artikel Berkaitan:

"Kita turut menyediakan sumbangan juadah berbuka puasa kepada Rumah Anak Yatim Al-Qamariah Pasir Mas," katanya