X

Kindly register in order to view this article
!

Pemandu langgar Koperal Safwan direman empat hari

A
A

KUALA LUMPUR - Individu disyaki memandu dalam keadaan mabuk dan merempuh Koperal Safwan Muhammad Ismail sehingga maut berhampiran Plaza Tol Kajang Selatan di Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), direman empat hari bermula semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmad berkata, lelaki berusia 44 tahun yang masih menerima rawatan di Hospital Serdang, direman mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurutnya, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana dengan cuai menyebabkan kematian dibuka terhadap suspek selain mengikut Seksyen 22 (b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan.

"Siasatan dijalankan pihak trafik dan Jabatan Siasatan Jenayah dan permohonan sambung reman akan dibuat sekiranya perlu,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi Ahad lalu, Koperal Safwan, 31, yang bertugas dalam sekatan jalan raya (SJR) Op COVID-19 disahkan meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan selepas dihempap kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux dipandu seorang lelaki disyaki di bawah pengaruh alkohol.

Jenazah Safwan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Bata, Tanjung Rambutan, Perak, 6 pagi tadi dengan turut dihadiri lebih 300 orang termasuk ahli keluarga, saudara-mara dan rakan sejawat. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Polis maut dirempuh pemandu mabuk ketika SJR

Arwah sempat kongsi detik tahun ke-11 berkhidmat

Koperal Safwan selamat dikebumi dengan istiadat polis

KPN sedih anggota maut angkara pemandu mabuk


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!