KKM sokong usaha SPRM basmi rasuah, penyelewengan

Kenyataan Dr Adham Baba.
Kenyataan Dr Adham Baba.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sentiasa menyokong penuh usaha Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam membasmi gejala rasuah serta penyelewengan.

Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, KKM akan terus bekerjasama dengan SPRM termasuklah dalam memastikan warga kementerian sentiasa menitikberatkan nilai integriti sepenuhnya.

"KKM sentiasa memantau dan memastikan jati diri serta integriti warga KKM berada pada tahap yang terbaik," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian berhubung dakwaan seorang peguam, Wee Choo Keong mengenai kes melibatkan kementerian itu yang menganugerahkan projek pembinaan makmal bernilai RM30 juta.

Bagaimanapun, syarikat itu turut didakwa merupakan sebuah syarikat pemaju hartanah dan tidak layak diberikan kontrak tersebut.

Selain itu, Choo Keong turut mendakwa KKM memberikan syarikat yang sama kontrak pembekalan sut peralatan pelindungan diri (PPE).

Dalam pada itu, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan pihaknya sudah memulakan siasatan terhadap kementerian tersebut.

"Sepasukan pegawai dan anggota sudah pergi ke kementerian ini untuk mulakan siasatan.

Artikel Berkaitan:

"Pihak SPRM tidak dapat berkongsi kementerian mana, namun SPRM meneliti dokumen yang diperoleh daripada kementerian berkenaan," katanya kepada sebuah stesen televisyen semalam.

Azam berkata, siasatan dijalankan bagi mengenalpasti sama ada kontrak diberikan secara telus atau sebaliknya

Jelas beliau, siasatan tersebut masih di peringkat awal dan saksi akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Akta SPRM 2009.