Trump gembira Kim Jong-un kembali

Ciapan Trump di Twitternya.
Ciapan Trump di Twitternya.
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meluahkan perasaan gembiranya selepas pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un membuat kemunculan semula setelah khabar angin mengenai kematiannya berlegar-legar sejak beberapa hari lalu.

Perkara tersebut diluahkan Trump menerusi ciapannya di Twitter.

"Saya gembira melihat dia kembali dalam keadaan sihat," tulisnya.

Donald Trump
Donald Trump

Menurut Independent, media Korea Utara baru-baru ini melaporkan kemunculan Jong-un dalam satu majlis perasmian pembukaan kilang baja di Sunchon, utara Pyongyang.

Beliau dilaporkan menghilangkan diri berikutan masalah kesihatan apabila tidak hadir pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran datuknya, Kim II Sung pada 15 April lalu.

Keadaan tersebut seterusnya mencetuskan spekulasi bahawa Jong-un sedang tenat setelah menjalani pembedahan jantung.

Kim Jong-un dilaporkan melawat kilang baja di Pyongyang oleh media tempatan.
Kim Jong-un dilaporkan melawat kilang baja di Pyongyang oleh media tempatan.

Artikel Berkaitan: