Perlis laksana PKPB esok!

Kenyataan media Kerajaan Perlis berhubung PKPB.
Kenyataan media Kerajaan Perlis berhubung PKPB.
A
A
A

KANGAR - Kerajaan Perlis memutuskan untuk mengikuti langkah kerajaan Persekutuan dengan membuka sektor ekonomi melalui prosedur operasi standard (SOP) selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula esok.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan, kerajaan negeri bagaimanapun akan meneliti lebih lanjut dari masa ke masa berhubung langkah-langkah pelaksanaan PKPB bagi sektor ekonomi dalam Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri dipengerusikan Menteri Besar Perlis.

Ia bagi memastikan tindakan sedia ada boleh ditambah baik dan dipertingkatkan supaya bersesuaian dengan Perlis sebagai zon hijau.

Menurut kenyataan itu, secara prinsipnya kerajaan negeri bersetuju berhubung tatacara kawalan dan pengoperasian sektor ekonomi melalui SOP yang dimuktamadkan Majlis Keselamatan Negara (MKN), selaras dengan PKPB.

"Untuk itu, Mesyuarat Jawatankuasa Kerja keselamatan Negeri yang akan diadakan pada 5 Mei 2020 akan meneliti dan membuat keputusan berhubung apa-apa penambahbaikan yang bersesuaian terhadap langkah-langkah pelaksanaan PKPB yang sudah diumumkan," katanya.

Katanya, langkah PKPB yang telah ditambah baik akan dilaksanakan secara berperingkat berdasarkan kepada kemajuan perkembangan semasa koronavirus (Covid-19) di Perlis.

Pihaknya turut memandang serius usaha-usaha mengekalkan Perlis dalam zon hijau demi kesejahteraan rakyat, sekali gus mengekang penularan wabak Covid-19.

Artikel Berkaitan: