Felda sedia beri kerjasama kepada SPRM

Felda sedia memberikan kerjasama kepada SPRM.
Felda sedia memberikan kerjasama kepada SPRM.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lembaga Kemajuan Tanah Perseklutuan (Felda) akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan berhubung penahanan dua pegawai kanannya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.

Felda dalam kenyataan hari ini berkata, ia bagi membantu siasatan kes membabitkan tuntutan palsu keja-kerja pembinaan tembok penahan tanah runtuhan rumah peneroka di Felda Trolak Selatan di Sungkai, Perak.

Menurutnya, pihak pengurusan Felda mengambil serius mengenai perkara tersebut dan sentiasa berpegang pada nilai integriti yang tinggi serta tadbir urus yang baik.

Menurut kenyataan itu, Felda telah melancarkan Polisi Antirasuah dan Penyelewengan yang menggariskan jenis salah laku rasuah, pencanggahan kepentingan, salah guna kuasa dan penyelewengan yang ditegah undang-undang sebagai rujukan kepada semua petugasnya, Disember lalu.

"Polisi Pemberi Maklumat Felda juga telah disemak dan ditambah baik pada Disember 2018.

"(Pihak) Felda akan memastikan semua prosedur dan operasi akan lebih telus dan mengikut garis panduan serta peraturan yang ditetapkan,” menurut kenyataan itu.

Semalam, media melaporkan Penolong Pengarah di Ibu Pejabat Felda berumur 39 tahun dan Pegawai Kanan Felda rolak berumur 33 tahun ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu bagi bayaran kerja pembinaan tersebut dan bersubahat memperakukan kerja pembinaan tersebut.

Selasa lalu, seorang kontraktor dan eksekutif teknikal sebuah syarikat pengurusan hartanah juga ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan kes tersebut. - Bernama

Artikel Berkaitan: