Sinar Harian tawar e-paper percuma sempena ulang tahun ke-14

Jangan lupa dapatkan naskhah digital anda di www.sinarharian.com.my/e-paper
Jangan lupa dapatkan naskhah digital anda di www.sinarharian.com.my/e-paper
A
A
A

SHAH ALAM - Seiring dengan sambutan 14 tahun tahun penerbitannya, Sinar Harian menawarkan akhbar dalam format digital atau e-paper percuma selama sebulan kepada pembaca setia.

Pembaca hanya perlu melayari https://www.sinarharian.com.my/E-Paper untuk mendapatkan berita terkini khususnya mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Meskipun bacaan percuma hanya diberikan untuk tempoh sebulan sebelum dikenakan bayaran selepas itu, namun pembaca tidak perlu bimbang kerana harga yang dikenakan murah serta berbaloi kerana ia mempunyai kandungan sama dengan edisi cetakan.

No Image Caption

Selain itu, edisi e-paper boleh dibaca dibaca di mana-mana sahaja asalkan ada capaian internet.

Ia juga mudah untuk berkongsi berita terkini atau artikel menarik di Facebook, Twitter atau e-mel kerana Sinar Harian menyediakan kandungan berita di hujung jari untuk orang ramai.

Cara mudah untuk anda menjadi pembaca berdaftar Sinar Harian.
Cara mudah untuk anda menjadi pembaca berdaftar Sinar Harian.

Melalui e-paper ini juga pembaca boleh membaca akhbar yang lama jika anda tidak sempat membelinya.

Artikel Berkaitan:

Paling penting sekali, setiap jam 6 pagi anda sudah boleh membaca surat khabar kerana e-paper sudah tersedia di website Sinar Harian.

Jangan lupa Sign On hari ini!
Jangan lupa Sign On hari ini!