Pelajar tahfiz hilang

Muhammad Muqri
Muhammad Muqri
A
A
A

BALING- Seorang pelajar dari sebuah pusat tahfiz di Parit Panjang, di sini dilaporkan hilang sejak 12 Januari lalu.

Ibu saudaranya, Nor Idayu Kassim, 34, dari Selama Perak berkata, kehilangan Muhammad Muqri Qayyum Zulkifli,15, dari asrama disedari pusat tahfiz itu pada jam 6.30 pagi.

Menurutnya, remaja itu bagaimanapun dilihat seorang warga emas di sebuah masjid di Sungai Petani, dua hari lalu.

"Ada seorang pakcik nampak dia di Masjid Al Rahman bersama beg. Sekarang ini ibu bapanya sedang cari di sana

"Masuk tahun ini, Muqri belajar di situ masuk dua tahun. Adiknya berumur 14 tahun pun belajar di tahfiz yang sama," katanya ketika dihubungi hari ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 019-4795436.

Artikel Berkaitan: