Nurulhidayah, suami akan dituduh di mahkamah

Nurulhidayah Ahmad Zahid - Foto Bernama
Nurulhidayah Ahmad Zahid - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia telah membuka satu kertas siasatan berhubung dakwaan perlanggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid bersama suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, kes tersebut disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Siasatan mendapati beliau (Nurulhidayah) telah memuat naik gambar di Instagram berhubung pertemuannya dengan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pejabat masing-masing di Putrajaya,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Huzir berkata, pihaknya telah merakam keterangan pasangan suami isteri itu pada 24 April lalu.

“Kertas siasatan telah dirujuk ke Pejabat Peguam Negara dan telah mendapat arahan untuk menuduh mereka dalam masa terdekat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (NO.3) 2020,” katanya.

Huzir turut menasihati orang ramai supaya tidak cuba menimbulkan kegusaran dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat seolah-olah Polis Diraja Malaysia tidak mengambil tindakan ke atas dakwaan perlanggaran itu.

“Saya menegaskan sekali lagi bahawa tiada sesiapa yang akan terlepas dari sebarang tindakan sekiranya didapati dengan sengaja melanggar apa jua undang-undang negara,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: PKP: Polis ambil keterangan Nurulhidayah, suami

Artikel Berkaitan: