PKP: Polis ambil keterangan Nurulhidayah, suami

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid - Foto Bernama
Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid bersama suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini, bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Nurulhidayah bersama suaminya tampil di Ibu Pejabat Bukit Aman pada jam 11 pagi, sebelum beredar kira-kira sejam kemudian selepas proses rakaman keterangan selesai.

Difahamkan proses rakaman keterangan itu dilakukan oleh pegawai Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Nurulhidayah, 41, sebelum ini memuatnaik gambarnya melalui Instagram mengenai pertemuannya dengan Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di pejabat masing-masing di Putrajaya.

Perkara itu telah mendapat kecaman netizen, bagaimanapun Nurulhidayah menyelar tindakan itu serta mencabar mereka supaya membuat laporan polis terhadapnya.

Artikel Berkaitan: