Covid-19: Kluster baharu di maahad tahfiz Lanchang, Pahang

Dr Noor Hisham Abdullah
Dr Noor Hisham Abdullah
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu wabak koronavirus (Covid-19) melibatkan pelajar maahad tahfiz Lanchang di Temerloh, Pahang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas enam kes positif dikesan di kawasan tersebut.

"Mereka yang ada kontak rapat dengan enam kes positif ini kita akan jalankan saringan kesihatan.

"Walaupun madrasah telah tutup tetapi masih ada yang tinggal dalam madrasah itu.

"Jadi kita akan lihat bagaimana cara untuk kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di madrasah itu sebagaimana di madrasah Kampung Sungai Lui, Selangor," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Dr Noor Hisham berkata, sehingga kini sebanyak 8,030 sampel telah diambil daripada pelajar dan kakitangan madrasah serta tahfiz yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling.

"Hasil pengesanan pelajar dan kakitangan madrasah serta tahfiz yang berkaitan dengan perhimpunan di Seri Petaling, sebanyak 378 kes positif," katanya.

Artikel Berkaitan: