X

Kindly register in order to view this article
!

PKPB: Penguatkuasaan PKP masih diteruskan

Suasana di sekitar semasa di sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman yang lengang ketika tinjauan pada hari ke-46 pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ini.
A
A

PUTRAJAYA - Penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedia ada masih tetap dilaksanakan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan bermula Isnin ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Akta 342 terus berkuatkuasa sepanjang tempoh PKPB yang akan bermula 4 Mei ini dan tindakan akan diambil kepada mereka yang ingkar.

"PKPB diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam adalah berdasarkan dua kriteria utama iaitu kepentingan kesihatan dan keperluan merangsang ekonomi negara.

"Tetapi ia tetap tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. Perlu diingatkan bahawa PKP masih terus dilaksanakan bukan bermakna PKPB tidak ada akta lagi yang menuntut rakyat untuk patuh kepada setiap arahan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri memberitahu kerajaan telah menjalankan 5,069 Ops Sanitasi Awam di seluruh negara sehingga semalam.

Beliau berkata, operasi itu termasuk di 22 zon merah dan 39 zon kuning di enam buah negeri antaranya di Johor dan di Sabah.

"Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac telah melakukan 5,069 operasi sanitasi termasuk di 61 zon kuning dan merah di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Berkenaan Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Putrajaya hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, operasi sanitasi turut dijalankan di kawasan pusat perniagaan, kawasan perumahan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan pasar raya.

"Sehingga kini, operasi sanitasi telah merangkumi 2,828 bangunan kerajaan, 1,983 tempat awam, 2,134 pusat perniagaan, 1,519 kawasan perumahan termasuk PPR dan 305 pasar raya," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!