160 naskhah al-Quran untuk HSM

Maziah (tiga dari kanan) menyampaikan 160 naskhah al-Quran kepada Dr Nurul Huda Azira (empat dari kiri) untuk ditempatkan di #QuranCorner HSM.
Maziah (tiga dari kanan) menyampaikan 160 naskhah al-Quran kepada Dr Nurul Huda Azira (empat dari kiri) untuk ditempatkan di #QuranCorner HSM.
A
A
A

LUMUT - Sebanyak 160 naskhah al-Quran telah diserahkan kepada petugas barisan hadapan Hospital Seri Manjung (HSM) di sini, Khamis lalu.

Penggerak Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Datin Maziah Rafie berkata, al-Quran yang diwakafkan melalui Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) itu ditempatkan di #QuranCorner untuk digunakan oleh petugas, pesakit dan pelawat.

"WUIF berharap petugas barisan hadapan yang sedang bertungkus-lumus menangani pandemik Covid-19 menjadikan al-Quran sebagai petunjuk serta kekuatan untuk terus berbakti kepada negara.

"Kesemua al-Quran ditempatkan di #QuranCorner. Sesungguhnya al-Quran itu diturunkan sebagai petunjuk, penyembuh dan rahmat untuk kita semua," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis penyerahan al-Quran, Ketua Unit Kualiti HSM, Dr Nurul Huda Azira Abdul Razak; Pengasas Rumah Ngaji Komuniti Teluk Muroh, Datuk Nazli Alias; Penyelia Bina Insan Kemas Parlimen Lumut, Rafidah Mohamed dan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam HSM, Nor Sa'adah Abdullah Zawawi.

Artikel Berkaitan: