Ingkar PKP: Empat lelaki bawa parang ditahan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA SELANGOR - Polis menahan empat lelaki yang menaiki sebuah kereta semasa melakukan tugasan pemantauan 'Op Covid-19' di Bestari Jaya di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan telah menjumpai beberapa bilah parang, rotan dan kayu di dalam bonet kereta berkenaan.

"Kesemua individu terbabit ditahan bersama barang rampasan kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Semua lelaki yang ditahan itu akan disiasat untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Artikel Berkaitan: