PKP: 650 kaum Cina terima bantuan Covid-19

Jentera MCA Tanjong Karang mengagihkan bantuan kepada salah seorang penerima di Parlimen Tanjong Karang.
Jentera MCA Tanjong Karang mengagihkan bantuan kepada salah seorang penerima di Parlimen Tanjong Karang.
A
A
A

TANJONG KARANG - Seramai 650 keluarga kaum Cina yang terjejas berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Parlimen Tanjong Karang menerima bantuan koronavirus (Covid-19).

Ahli Parlimen Tanjong Karang, Tan Sri Noh Omar berkata, sebanyak 150 keluarga menerima bantuan itu bagi fasa pertama dan 500 lagi pada fasa kedua di Parlimen berkenaan.

Menurutnya, penyaluran bantuan untuk setiap ahli keluarga dilakukan melalui Ketua MCA di setiap cawangan dalam Parlimen itu

"Jentera UMNO sudah bergerak, jentera MIC pun sudah dan ini penghargaan saya buat jentera MCA yang menyerahkan bantuan melalui Ketua MCA di kawasan masing-masing.

"Duduk di rumah (dan) kami datang. Tahniah buat semua jenterag terlibat," katanya dalam kenyataannya di Facebook beliau hari ini.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, bantuan turut disalurkan kepada kaum Melayu dan India di Parlimen Tanjong Karang.

Artikel Berkaitan: